Bagaimana Hendak Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Perniagaan (Bahagian 2)

Artikel ‘Bagaimana Hendak Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Perniagaan (Bahagian 1)’ menyentuh aspek pendapatan.

Saya nak sambung satu lagi aspek yang penting iaitu mengenai perbelanjaan.

Jika kita mampu menyusun dan mengawal perbelanjaan dengan lebih baik, kita akan mampu menjana pendapatan yang positif kepada perniagaan.

Persoalannya bagaimana kita nak mulakan?

Semak semua perbelanjaan anda dan cuba perhalusi kompenan yang mana mendominasi aliran tunai dalam perniagaan anda dan ada kesan kepada kedudukan kewangan perniagaan.

Oleh itu kaji semula komponen-komponen di bawah:

  1. Utiliti dan langganan

Penggunaan utilities seperti penggunaan elektrik, air dan internet juga boleh anda kawal dengan lebih baik. Kini ada banyak alatan berinovasi dan automasi yang dicipta dan boleh bantu kurangkan penggunaan tenaga contohnya.

Langganan yang tidak diperlukan juga mungkin boleh dikurangkan seperti penggunaan mesin fax dan telefon talian tetap. Oleh itu, kehadiran internet memudahkan banyak aktiviti seperti mesyuarat, penghantaran invois dan sebagainya hanya menggunkana email, WhatsApp dan banyak lagi. Lebih mudah dan efisien.

2. Pekerja

Jika peringkat perniagaan masih berada dalam fasa permulaan dan saiz perniagaan kecil, kehendak untuk mempunyai ramai pekerja perlu diperhalusi. Pada fasa ini, pengambilan pekerja adalah lebih cenderung untuk bahagain produksi sama ada dalam pembuatan atau perkhidmatan.

Oleh itu, pada bahagian pentadbiran boleh diuruskan oleh pemilik sendiri dalam membuat keputusan. Selebihnya, sokongan tugasan yang tidak memerlukan pekerja tetap seperti bahagian akaun dan dokumentasi syarikat boleh diuruskan melalui sumber luar atau ‘out source’.

Banyak perkhidmatan outsource yang dapat menyediakan khidmat professional dan bantu pengurangan bebanan kos di antara 30 – 40 %.

3. Sewa pejabat / kedai

Pengurangan ruang pejabat atau kedai jika ia tidak dimaksimukan 100% adalah merupakan satu tindakan yang baik. Contohnya, jika lebih menggunakan konsep ‘co-working space’ yang menawarkan penjimatan kepada perniagaan anda. Anda boleh sewa ruang mesyuarat bila perlu sahaja atau buat temujanji dengan prospek diluar pejabat sahaja.

Kedai pula, ramai yang sudah mula menjual atas talian dan memilih untuk buat sepenuhnya atau sebahagian sahaja. Ini memberikan anda peluang untuk mengurangkan ruang kedai dan menjual di atas talian tidak memerlukan sewa.

4. Kos Bahan

Selain daripada kos di atas, kos bahan juga merupakan satu bebanan buat kita. Kegagalan mengawal kos dan seterusnya penetapan harga yang bersesuain memberi kesan kepada margin keuntungan kita. Terpulang kepada perniagaan itu sendiri sama ada memberi penekanan kepada kuantititi atau kualiti.

Jika anda mementingkan kualiti dan sasaran pelanggan anda tidak berkira dengan harga yang anda tetapkan, peningkatan harga kos akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang atau perkhidmatan.

Jika anda mementingkan kuantiti dan sasaran pelanggan tertumpu kepada pasaran kebanyakan, peningkatan harga boleh menyebabkan anda terjerut dengan margin keuntungan anda. Oleh itu, anda kena wujudkan lebih banyak pilihan pembekal bahan supaya anda mampu menawatkan produk pada harga yang bersesuaian dengan pelanggan anda.

Saya harap perkongsian ini jadi satu manafaat untuk kita semua dan sampai jumpa lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s