Tahap kesihatan perniagaan yang sihat dapat membantu perniagaan berkembang maju dan bertahan pada ketika waktu yang mencabar ini.
Pemeriksaan secara berkala membantu kita menilai kedudukan kewangan syarikat, buat tindakan awal dan segera ambil langkah yang sebainya untuk menanganinya.

Persoalannya bagaimana?
Ada beberapa aspek dalam perniagaan yang anda boleh beri perhatian dan semestinya menjuruskan kepada komponen yang membawa kepada untung rugi perniagaan.
Analisa Pendapatan
Menurut definisi kewangan, pendapatan adalah jumlah yang diterima daripada jualan sama ada dalam bentuk jualan produk atau perkhidmatan. Ini adalah komponen yang sangat penting kerana tanpa ada pendapatan, dan menjana pendapatan yang positif sukar untuk perniagaan bertahan dan bersaing di dalam pasaran.
Saya nak berikan contoh yang mudah apa yang dimaksudkan dengan pendapatan yang positif:
- Pendapatan daripada jualan produk A RM500,000
- Kos produk A RM200,000
- Perbelanjaan (gaji, sewa dan lain-lain) RM30,000
- Pendapatan bersih (sebelum tax) RM270,000
Bila kita menjalankan perniagaan, kita perlu faham sama ada jualan kita menjana pendapatan positif atau tidak kerana jika tidak kita mungkin penat berniaga sahaja dan ia tidak mendatangkan apa-apa faedah pada kita dan perniagaan.
Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk analisa pendapatan kita?
- Semak sasaran pendapatan
Perniagaan yang sihat adalah bila kita ada penetapan sasaran tahunan.
Bila kita ada sasaran setahun, kita boleh pecahkan kepada sasaran bulanan, mingguan dan harian.
Jadi bila kita tahu berapa sasaran jualan yang kita perlu jana, lebih mudah kita pantau bila ada penurunan dalam jualan yang membawa kesan kepada pendapatan kita.
2. Lawat semula sumber pendapatan
Bila kita buat perniagaan cuba wujudkan lebih daripada satu sumber pendapatan kerana jika satu sumber terjejas kita ada ‘backup’. Contohnya, pendapatan utama kita adalah menjual kek, dan beberapa pendapatan sampingan adalah menjual biskut dan kerepek. Di samping itu, kita juga ambil tempahan buat katering di majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga hari jadi.
a. Kenal pasti peratusan sumbangan pendapatan bagi setiap sumber yang anda wujudkan. Contohnya:
- Jualan kek – 50%
- Jualan kerepek dan biskut – 30%
- Tempahan katering – 20%
b. Semak semula sama strategi untuk menyokong jualan bagi setiap komponen di atas menjana pendapatan yang anda perlukan. Jika anda buat terlalu banyak kerja (80%) untuk menyokong tempahan katering yang sekadar membawa 20% kepada pendapatan, mungkin juga masanya anda perlu kaji semula apa yang tidak kena.
c. Anda kena ada sasaran jualan yang jelas berapa banyak kek, kerepek dan tempahan anda perlu buat untuk dapatkan pendapatan yang positif. Contohnya, anda kena jual 1,000 biji kek untung dapatkan 50% untung bersih. Jika anda jual kurang daripada 300 biji kek, mungkin kos perbelanjaan pon tidak boleh cover. Jadi kena ada penetapan sasaran.
Baiklah, insyaallah kita sambung lagi nanti ya. Di harap ada manafaat perkongsian ini dan semoga terus kuat menempuh keadaan ekonomi yang serba mencabar ini.