Apakah Peranan Coach untuk Saya?

Ramai bertanya dan tidak jelas apa bezanya coach, mentor dan trainer (jurulatih) bila nak memulakan perniagaan. Ada yang menganggap keduanta adalah sama dan tiada perbezaan yang jelas antara ketiga-tiganya cuma mungkin ‘term’ ini dipakai slih berganti tetapi membawa maksud yang sama.

Saya berkesempatan mengadakan satu bual bicara dengan dua ikon yang tidak asing lagi kepada ramai di luar sana dan mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam.

Antara soalan yang diajukan bagaimana coach dapat membantu anda dalam perniagaan dan maklumbalas yang diterima menyentuh beberapa perkara yang kita perlu tahu.

Anda perlu tahu apa yang anda mahukan kerana coach fungsi menawarkan ‘intervention’ untuk mereka yang benar – benar bersedia. Coach bertanya soalan demi soalan untuk membantu anda meleraikan dan menyusun semula apa yang anda hendak capai.

Coach tidak memberikan anda jawapan kepada sasaran yang hendak anda capai tetapi mereka mampu menawarkan rangka untuk anda ikuti dan masukkan perancangan anda dengan lebih kemas. Mereka akan pantau dan ingatkan anda selalu supaya anda ikut apa yang telah anda rancang. Objektifnya satu, untuk anda fokus dan capai apa sasaran anda.

Selain daripada itu, berhentilah melihat sesuatu perkara daripada perspektif ‘masalah’ jika mereka menempuh apa juga cabaran dalam perniagaan mereka. Perkataan ini harus terus dibuang daripada minda dan pemikiran. ambil pendekatan ‘solution-based’ yang memberikan penetapan minda untuk melihat penyelesaian sebagai satu cara menangani cabaran.

Tiga perkara yang ada perlu lakukan bila anda melalui cabaran:

  1. Sedar (Aware) – Tahu keadaan / cabaran yang sedang anda lalui contohnya : Keadaan ekonomi yang masih tidak menentu dan perniagaan anda terjejas.
  2. Accept (Terima) – mengetahui apa yang berada dalam kawalan anda dan apa yang tidak ada dalam kawalan anda
  3. Bergerak ke hadapan (Moving Forward) – Ambil tindakan daripada mana anda sekarang dan tindakan untuk maju kehadapan.

Anda juga boleh saksikan semula rakaman bual bicara ini pada pautan di bawah:

Facebook Page WarungUsahawan: https://bit.ly/3fkY5Ub

LinkedIn LIVE : https://bit.ly/37rEopD

Di harapkan perkongsian ini dapat membantu anda dan semoga anda terus kuat menempuh perjalanan perniagaan yang lebih cemerlang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s