Sekali lagi kita ekonomi negara akan melalui saat dimana tindakan kawalan kes jangkitan menyebabkan ekonomi terpaksa beroperasi dalam keadaan yang begitu terhad. Ada perniagaan juga yang berada dalam situasi survival mode atau fasa bertahan yang mana jika mereka berjaya melaluinya, ini akan memastikan kelangsungan perniagaan.
Photo by Rodolfo Clix on Pexels.com
Apa itu Fasa Bertahan atau Survival Mode?
Ia adalah fasa di mana pemilik perniagaan terpaksa bertungkus-lumus sama ada dalam bentuk tenaga, masa dan kos tetapi walaubagaimana pon anda tidak dapat menjana pendapatan yang sewajarnya.
Mengapa Fasa Bertahan ini Penting?
Majoriti perniagaan tidak kira kecil atau sederhana akan fasa ini mungkin sekali atau berkali-kali dalam perniagaan. Ia merupakan fasa penting untuk menentukan sama ada perniagaan itu akan berjaya bertahan atau tidak.
Apa yang boleh anda lakukan sekarang bila ‘Survival Mode’ telah diaktifkan?
Saya nak kongsikan hasil rumusan saya daripada beberapa artikel yang saya baca.
Pertimbangkan lima (5) langkah di bawah:
- Kekal Tenang – Ini adalah peraturan pertama dalam fasa ini. Fikiran yang tenang membantu anda berfikir dan membuat keputusan yang logik apabila berhadapan dengan masalah. Menurut satu artikel yang ditulis oleh satu blog psikiologi, apabila kita berada dalam keadaan tertekan badan kita akan merembeskan hormon yang bertujuan untuk mod ‘melawan’. Ini sering berlaku ketika kita melalui siri cemas atau berhadapan dengan bahaya. Hasilnya, kita akan bina rasa takut, panik, gelisah dan secara tidak langsung menganggu pertimbangan dan keputusan yang ada akan buat.
- Kenal pasti kekuatan yang ada pada anda – Saya kongsikan pada artikel yang lepas mengenai SWOT yang juga salah satu tool yang boleh membantu anda mengenal pasti kekuatan perniagaan. Kekuatan perniagaan ini yang akan membantu anda untuk menilai semula mana yang anda perlukan dan tidak perlukan buat masa ini.
- Fikirkan sesuatu di luar kebiasaan – ‘think out of the box’ …saya selalu fikir tidak ada idea yang tak bijak..kadang-kadang ‘miracle’ happen bila kita cuba lihat sesuatu yang berlaku diluar kebiasaan kita. Saya jumpa artikel yang menarik bagaimana kita boleh belajar dan praktis berfikir di luar kotak. Antaranya adalah (Klik SINI jika berminat untuk membaca lebih lanjut)
- Permudahkan cara kita berfikir
- Tanya diri kita ‘kenapa’?
- Bermain ‘devil advocates’ yang mana kita meletakkan diri kita pada sisi bertentangan dengan cara kira berfikir.
- Menulis journal supaya kita boleh terus mencambah idea-idea daripada yang sedia ada
- Bertanya budak kecil dan dapatkan idea-idea candid daripada mereka
- Rujuk situasi, pengalaman lampau sebagai pendekatan untuk mancari penyelesaian – tidak semua masalah yang kita lalui itu terlalu baru buat kita. Mungkin masalahnya benar-benar baru tetapi mungkin juga ada contoh beberapa
- Dapatkan bantuan atau pertolongan – sekiranya kita dapat mengenal pasti punca dan mengapa kita berada dalam fasa bertahan ini, jika lebih awal adalah lebih baik. Jika kita tidak mampu selesaikan dan buntu, cari individu atau agensi yang dapat bantu kita.
Semoga perkongsian di atas boleh memberikan sedikit cahaya dan insyaallah saya akan kongsikan lagi nanti pada artikel yang akan datang.