Apakah itu Rancangan Perniagaan?

Setiap perniagaan yang dijalankan perlu ada perancangan. Tidak semua daripada kita yang memulakan perniagaan bertuah mempunyai sumber kewangan yang kukuh di fasa awal perniagaan dijalankan. Jadi, bila terjun ke alam perniagaan, bila tidak ada perancangan sebaiknya kita akan buat keputusan dengan tidak tentu arah. Ini kerana ‘kapten’ perniagaan memilih untuk berharap rezeki dan jualan menyebelahi kita. Ironinya, tanpa usaha yang konsisten semua ini akan sukar buat kita.

“GAGAL merancang adalah merancang untuk GAGAL”

Jadi apa kita boleh lakukan dalam merancang perniagaan?

Ini yang membuatkan ramai yang perlu ambil tahu. Apa pon sebab perniagaan dijalankan kita mahu perniagaan yang mampu berkembang dan paling penting menjana pendapatan.

Apa itu rancangan perniagaan?

Secara amnya, rancangan perniagaan diwujudkan untuk kita mohon pembiayaan atau bertujuan nak dapatkan gran / dana daripada kementerian atau agensi berkaitan.

  • memberi garis panduan kepada perniagaan supaya ada perancangan yang jelas
  • alat untuk menilai sejauh mana perniagaan dapat dikembangkan
  • dokumen penting untuk menyokong pembiayaan lebih-lebih lagi jika perniagaan itu baru bermula

Apa yang selalunya terkandung dalam rancangan perniagaan?

Ada enam (6) komponen utama rancangan perniagaan

  1. Ringkasan eksekutif
  2. Maklumat perniagaan
  3. Bahagian pentadbiran
  4. Rancangan pemasaran
  5. Rancangan operasi
  6. Rancangan kewangan

Maklumat yang terkumpul di dalam Rancangan Perniagaan memerlukan lebih masa untuk anda memikirkan hala tuju perniagaan anda nanti dan seterusnya memberikan keyakinan kepada pemberi dana atau pembiayaan untuk menyokong anda.

Saya tahu ada yang membeli atau mengupah orang lain untuk membuat rancangan perniagaan.

Apa jua pilihan yang anda buat, anda perlu tahu objektif mengapa anda menjalankan perniagaan dan perniagaan adalah satu segmen yang berpotensi mempunyai risiko yang tinggi jika tiada perancangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s