Suka atau tidak dunia dah berubah dan pelanggan sudah semakin bijak menilai tawaran yang diberikan kepada mereka. Jika dahulu, menjual dilihat secara kasarnya sebagai satu proses berubah tangan daripada daripada penjual kepada pelanggan. Kini proses itu tidak semudah itu.
Jika dahulu persaingan mungkin terhad, kini persaingan adalah infiniti.
Mengapa ini berlaku?
Kerana kehadiran perniagaan di atas talian menjadikan transaksi lebih mudah, pelanggan sudah semakin bijak memilih, dan pelanggan juga bebas membuat apa-apa ‘review’ positif atau negatif di atas talian.
Satu lagi, ia akan kekal infiniti, semua boleh sahaja dijual selagi mana tiada sekatan perjalanan atau sekatan undang-undang.

Saya nak rumuskan artikel yang baik daripada Forbes bagaimana menjual telah berubah dan bukan hanya sehala.
- Menjual sebagai menawarkan atau mengurangkan masalah pelanggan
- peniaga bukan menjual sahaja tetapi memberikan nilai yang tulen untuk membantu pelanggan. Hakikatnya keikhlasan dan ‘care’ yang ditunjukkan dapat dinilai oleh pelanggan kita.
- Jual kepada diri sendiri dahulu
- Sebelum menjual kepada orang lain, kita sendiri kena benar-benar yakin produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan benar-benar dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan. Jika kita sendiri masih belum atau was-was bagaimana kita nak bersikap jujur dengan apa yang kita tawarkan.
- Titik sentuh baharu
- Secara amnya, pelanggan memerlukan 7 hingga sepuluh kali sentuhan atau dengan sesuatu ‘jenama’ atau ‘produk’ atau ‘perkhidmatan’ sebelum mereka membuat keputusan bertanya atau terus membeli.
- Sebagai peniaga, anda tidak mahu dilihat terdesak untuk menjual.
- Oleh itu, touch points adalah ini beberapa siri anda berkongsi dan memberi nilai dalam bentuk maklumat, tips dan sebagainya.
- Kebangkitan ‘content marketing’
- Content marketing merupakan satu tool untuk bantu kita wujudkan ‘titik sentuh’ atau ‘touch point’ kepada pelanggan.
- Dan selalu juga ‘content marketing’ ini diwujudkan ruang untuk pelanggan berinteraksi dengan peniaga
- Lebih menarik ‘content’ marketing ini boleh diaktifkan dengan pelbagai bentuk seperti poster, video, podcast dan pelbagai lagi. Ada juga yang buat LIVE show menerusi Facebook, Instagram dan LinkedIn
- Sesuaikan tawaran anda kepada pelanggan
- Paling penting bila kita benar-benar faham ‘avatar’ pelanggan lebih mudah kita berikan sentuhan yang lebih ‘personalise’ dengan keperluan mereka
- Sekarang dekat tawaran yang kita berikan bersesuaian dengan ‘avatar’ pelanggan lebih kurang touch point untuk kita ‘convert’ mereka supaya membeli.
Jangan menjual dalam keadaan pelanggan nampak anda terdesak!