Permintaaan penghantaran makanan di atas talian akan makin rancak

Jualan di atas talian dilaporkan meningkat tahun lepas sebanyak 30% akibat Perintah Kawalan Pergerakkan Covid 19 yang dilaksanakan. Secara amnya syarikat seperti DeliverEat.my, Dahmakan, Grab and FoodPanda antara yang aktif dalam segment. Ia juga menghubungkan pelanggan dan kedai atau gerai makanan yang berada dalam kawasan radius tertentu. Selain daripada membantu menjana pendapatan peniaga, rider atau penghatar makanan juga dapat menjana pendapatan daripada pekerjaan ini.

Pasaran penghantaran servis makanan di atas talian dijangka akan meningkat daripada $115.07 billion kepada $126.91 billion pada tahun 2021 .

The global online food delivery services market is expected grow from $115.07 billion in 2020 to $126.91 billion in 2021

Sumber : Prnewswire.com

Perkembangan ini juga seiring dengan perkembangan infrastuktur negara yang semakin baik. Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), akses isi rumah ke internet meningkat dari 87% pada tahun 2018 kepada 90.1% pada tahun 2019. Akses ke telefon bimbit tetap tinggi pada 98.2% dengan lebih banyak akses ke telefon pintar – dari 89% hingga 91%

6 perkara yang anda boleh kaji untuk pertingkatkan jualan makanan anda di atas talian.

  1. Kenal pasti apa yang menunjukkan perniagaan anda unik?
  2. Kenal pasti menu makanan yang mana mendapat sambutan yang baik pada masa tertentu. Dapatkan maklumbalas dan cadangan daripada pelanggan supaya anda dapatkan sediakan yang releven menu relevan untuk mereka.
  3. Kekalkan kebersihan makanan pada tahap terbaik walaupon tidak ada pelanggan berada di premis anda. Penyediaan makanan yang bersih juga membantu anda menjaga reputasi sebagai peniaga
  4. Wujudkan strategi harga yang berkesan bersesusaian dengan keadaan semasa. Ini juga membuktikan yang anda sensitif dengan kemampuan pelanggan untuk membeli daripada anda.
  5. Perkukuhkan penguasaan dan strategi pemasaran digital anda supaya anda boleh membawa lebih banyak trafik pelanggan melawat kedai anda di atas talian
  6. Kerap adakan promosi supaya pelanggan akan sentiasa tertarik untuk mengetahui apa lagi kejutan yang anda sajikan untuk pelanggan tetap kedai anda.

Jangan berlengah untuk kaji semula 6 perkara yang saya nyatakan di atas.

Sesungguhya sektor makanan mempunyai peluang yang besar ditambah dengan kepesatan ekonomi digital yang kian menjadi sebahagian daripada kehidupan norma baru kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s