
“Telah lebih setahun, pandemik melanda ekonomi global yang secara amnya perniagaan bukan sahaja tidak dapat dijalankan secara konvensional dan kebanyakkan peniaga kini terpaksa bersaing di atas talian. Kekurangan pengetahuan menguasai cara berniaga dan strategi yang sistematik di atas talian menjadi faktor utama tidak dapat tempat di mata pelanggan”
Sudah agak lama saya menyepi tidak menulis di ruangan blog ini, tetapi banyak masa yang ada saya tumpukan untuk sesi coaching dan bertemu usahawan di atas talian. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja hakiki saya mengetuai pasukan akses pasaran di CGC.
Saya juga aktif menulis di atas platform LinkendIn sebagai satu usaha saya untuk terus dekat dengan usahawan. Secara relatifnya, sebulan saya akan bertemu lebih daripada 50 usahawan yang sudah menjalankan perniagaan. Saya juga luangkan masa untuk bertermu anak muda yang book coaching slot saya dan berkongsi idea dan perniagaan mereka. Itu lah sebahagian rutin saya sepanjang pandemik.
Jadi secara amnya ini lah sesuatu yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk berkongsi di blog ini.
Majoriti yang saya temui belum atau baru membiasakan diri untuk berada di atas talian. Saya juga ingatkan kepentingan mewujudkan maklumat perniagaan adalah penting. Suka atau tidak, pengguna semakin bijak memilih dan mereka juga akan membuat ‘research’ mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum membuat keputusan pembelian.
Pendapat saya, jika kita mahu berniaga lama dan ingin bertahan lama kita perlu telus dalam memberikan maklumat dan mendapatkan maklumbalas pelanggan. Jangan takut bila dapat maklumbalas pelanggan kerana ini akan memberikan anda ruang untuk perbaiki dan buat lebih baik.
Mengapa pentingnya perniagaan memerlukan ‘online presence’?
- Capaian yang lebih luas kepada pelanggan – tidak hanya bergantung kepada pelanggan untuk membeli secara fizikal di kedai. Ini juga memberi peluang kepada anda untuk menjual 24 jam satu hari dan 7 hari seminggu tanpa sempadan.
- Membina reputasi di atas talian – pelanggan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan anda dan pelanggan sedia ada dapat menulis review / memberi rating kepada anda secara lebih telus.
- Pemasaran lebih kreatif di atas talian – berada di atas talian, memberikan kita peluang untuk mewujudkan pelbagai cara untuk merancakkan jualan. Kita bukan sahaja boleh menulis maklumat produk atau perkhidmatan, kita juga boleh memaksimumkan sosial media untuk buat ‘LIVE’ video, poster dan sebagainya.
Jadi, tiga maklumat di atas seharusnya anda fikir-fikirkan dan jika kita masih bertangguh, semakin sukar lah jalan untuk kita menggunakan pakai teknologi sebagai pemacu kepada perniagaan kita.