Apa Punca Perniagaan Gagal?

Tiada perniagaan yang dijalankan mengharapkan jalan buntu dan mempunyai impian untuk gagal. Semua usahawan yang saya jumpai baru memulakan dan perniagaan yang sudah dalam proses pengembangan. Seperti yang saya kongsikan dalam artikel yang lepas, kajian yang dijalankan oleh Small Business Administration (SBA) menunjukkan 21.5% perniagaan permulaan gagal pada tahun pertama, 30% gagal pada tahun kedua, 50% gagal pada tahun kelima dan 70% gagal pada tahun ke sepuluh.

“The short answer is regardless of the industry, failure is the result of either the lack of management skills or lack of proper capitalization or both”


Moya.K.Mason

Apa 5 perkara yang menjadi punca kegagalan perniagaan?

  1. Tidak cukup ‘simpanan tunai’ atau cash reserves

Pada peringkat awal perniagaan, kita tidak dapat menjangkakan berapa bulan yang diperlukan untuk perniagaan itu mampu menghasilkan jualan yang mampu menampung kos operasi. Ada yang bernasib baik, bulan pertama dan kedua dah boleh ‘cover’. Sebaliknya, setelah perniagaan beroperasi dengan baik diuji dengan pelbagai faktor yang lain dan mempunyai impak kepada jualan. Kesannya, kewangan terjejas.

Sediakan payung sebelum hujan!

Oleh itu, kena ada backup sebelum dan semasa anda berniaga. Maksudnya, cash atau tunai!.

Kena rancang sumber kewangan anda dengan baik. Buat perkiraan. Buat jangkaan jumlah yang diperlukan untuk operasi sebulan, dan cuba bahagikan kepada jumlah hari anda berniaga. Ini akan memberikan gambaran jelas kepada anda, berapa wang yang perlu dicari untuk simpanan. Contoh, jika sebulan anda perlukan lebih kurang RM10,000 dengan 20 hari beroperasi, anda perlu asingkan RM500 sebagai simpanan harian. Cuba sasarkan simpanan untuk tiga bulan dahulu, dah tambahkan sasaran seterusnya untuk memberi kusyen kepada anda jika jualan anda terjejas di masa hadapan.

2. Tidak jelas mengenai sasaran pasaran, pelanggan dan tabiat pembelian oleh pelanggan

Melihat peluang dan ruang berniaga sahaja tidak cukup. Fahami kehendak pasaran, pelanggan dan tabiat pembelian pelanggan. Tiga perkara yang disebut itu perlu dikuasai semasa anda membuat kajian pasaran. Ada sesetengah usahawan yang tak ambil serius hal ini. Hakikatnya bila kita nak berniaga, kena ada pemikiran nak buat duit, laris dan perniagaan mampu untuk dikembangkan ke tahap seterusnya.

Kajian pasaran juga tidak terhenti sebelum memulakan perniagaan, tetapi kena konsisten meninjau semula pelan perniagaan anda dari semasa ke semasa. Ini untuk memastikan perniagaan anda relevan mengikut masa dan tren pengguna.

Kita menjual bukan untuk memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah kita, tetapi untuk pelanggan! Jadi kena peka. Boleh rujuk artikel – artikel saya yang lepas yang berkaitan kajian pasaran dan pemasaran.

3. Kelemahan menentukan harga produk dan perkhidmatan yang bersesuaian

Menentukan harga bukan ikut suka. Banyak yang kena diperhalusi supaya pelanggan tak rasa harga yang kita tawarkan tak padan dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Penentuan harga juga ada caranya mengikut industri, kategori, kos tetap dan boleh ubah, margin keuntungan dan sebagainya. Ada satu artikel lepas saya ada menulis mengenai pentingnya harga. Boleh rujuk untuk dapatkan maklumat.

4. Gagal berunding syarat kredit yang bersesuaian dengan vendor atau pembekal

Ini adalah satu ilmu yang usahawan perlu kuasai untuk membantu aliran tunai positif. Ada pelbagai cara untuk berunding, ada yang minta deposit, tempoh kredit bayaran 15 hari, 30 hari, 60 hari dan 90 hari. Ada yang lagi bagus tak perlu bayar deposit. Semuanya terpulang kepada keperluan perniagaan itu sendiri.

Skil ini akan jadi sangat penting bila perniagaan anda melalui fasa pengembangan yang mana rundingan dengan pembekal ini akan bantu anda mengurus kewangan secara tidak langsung. Maksudnya, anda tidak terus bayar ketika dapat barang tetapi diberi tempoh masa untuk membuat bayaran seperti yang dipersetujui oleh dua pihak. Walaubagaimana pon, ini sangat bergantung kepada repo atau hubungan anda dengan pembekal atau vendor

5. Lambat bertindak kepada persaingan, teknologi dan perubahan lain dalam pasaran

Hari ini perniagaan tidak lagi jadi begitu sukar untuk dijalankan. Kenapa saya kata begitu sebab pasaran dah menjadi tiada batasan dan ada pelbagai saluran. Saya masih boleh menikmati strawberry cameron highland, dengan hanya membuat tempahan di atas talian tanpa perlu bersusah payah memandu ke sana. Saya boleh mendapatkan perkhidmatan seperti coaching yang dahulu dijalankan secara fizikal dan bersemuka hanya menggunakan platform percuma di atas talian. Jika dahulu semua orang kena buka gerai atau kedai, sekarang saya hanya membuka akaun penjual dan beroperasi dari rumah.

Pendek kata, kedai dah 24 jam 7 kali seminggu beroperasi. Apa yang anda perlu kuasai ialah kemahiran digital dan mulakan dengan yang mudah dahulu. Kuasi ruang digital melalui media sosial dan laman sesawang. Kos permulaan ikut kemampuan sendiri. Hampir separuh daripada populasi dunia mempunyai akaun di media sosial. Betapa bertuahnya kita, berada dalam ruang dunia tiada sempadan. Apa yang diperlukan ialah keiginan dan pengetahuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s