Saya bertemu dengan ramai usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan dan sudah menjalankan perniagaan kurang daripada tiga tahun penubuhannya. Antara perkara biasa saya temui ada pada usahawan, antaranya terlebih berfikir atau overthinking sehingga jadi tidak ambil apa-apa tindakan langsung. Adakalanya, terlebih berfikir juga buat apa yang dirancang masuk dalam ‘wishlist’ @ senarai kehendak yang semakin bertambah-tambah.
Ada banyak sebabnya yang mempengaruhi mengapa sukar membuat keputusan secara jelas, seperti rasa takut salah dan rugi, ikut orang, ikut tren, tidak jelas dan banyak lagi.
Persoalannya, kenapa ini berlaku?
“Entrepreneurs Don’t Overthink Things. They Make a Decision and Go With It”
“Usahawan tidak berfikir secara melebih-lebih mengenai sesuatu. Mereka buat keputusan dan ikut seperti itu”
entrepreneur.com
Overthinking is linked to psychological problems, like depression and anxiety
Berfikir secara berlebih berkait rapat dengan masalah psykologi seperti tekanan perasaan dan kegelisahan”
inc.com

Salahkah berfikir berlebihan?
Kebimbangan saya adalah ‘overthinking’ bukan lah perkara yang baik terutama apabila anda adalah seorang usahawan. Banyak kajian yang dijalankan menemui lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Antara satu masalah yang menyebabkan banyak perkara tertangguh bukan kerana tak buat kerja, tetapi terlebih berfikir atau ‘overthinking’. Lebih buruk lagi tabiat ini menyebabkan seseorang itu lebih cenderung mengalami kemurungan. Selain daripada itu, terlebih berfikir ini akan membina rasa takut yang sangat kritikal dan hilang keyakinan diri. Hasilnya, proses membuat keputusan juga akan terganggu dan was-was.
Bagaimana mengatasinya?
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan dengan mengatasi tabiat terlebih berfikir ini. Saya temui artikel yang sangat membantu ditulis dalam entrepreneur.com. Saya petik lapan perkara yang anda boleh lakukan.
- Letakkan perspektif anda lebih besar
- Tentukan target masa tertentu untuk membuat keputusan
- Berhenti mulakan kehidupan harian anda dengan stress dan berfikiran melebih-lebih
- Mulakan hari anda dengan pemikiran positif
- Jadi seorang yang mempunyai mampu membuat banyak tindakan daripada berlengah-lengah akibat tak boleh buat keputusan
- Sedari yang anda tidak mampu mengawal segalanya, tetapi anda boleh kawal tindakan anda
- Suarakan ‘Tidak” pada situasi yang anda tidak mampu lagi terima
- Sentiasa tenang dan ini akan bantu anda berfikir dengan lebih rasional
[…] Terlebih fikir– Saya juga pernah menulis artikel mengenai atau ‘overthinking’ yang juga merupakan satu sebab yang boleh menyumbang kepada bertangguh. […]
LikeLike