Mengapa TikTok untuk 2021?

Tahukah anda TikTok merupakan satu platform media sosial yang sedang trending dalam masyarakat kini dan ia tidak ketinggalan memaksimumkan penggunaannya untuk perniagaan. TikTok memberikan fleksibiliti kepada pemiliknya untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk video secara kreatif seperti video pendek yang membolehkan pengguna menyanyi, menari, berlakon, klip audio mime atau lagu yang telah dirakam. Ia memberikan daya tarikan yang amat luar biasa kepada golongan muda berbanding media sosial yang lain.

MyDin menggunakan aplikasi tiktok secara aktif pada 2020 dan Pengarah Urusan MyDin iaitu Datuk Wira Ameer Ali Mydin juga terlibat secara langsung dalam mempromosikan produk menerusi aplikasi ini.

Banyak lagi video pendek yang trending melalui #smallbusinessmalaysia yang anda boleh lawati melalui platform ini. Terpegun saya melihat kreativiti usahawan ini mengolah konten untuk mempromosikan produk mereka.

Saya petik enam (6) statistik menarik mengenai TikTok yang perlu anda tahu:

  1. 800 Juta pengguna TikTok yang secara aktif di atas talian
  2. Aplikasi TikTok telah dimuat turun oleh lebih 2 billion pengguna menerusi app store dan google play
  3. 33 juta pengguna memuat turun TikTok dan merupakan aplikasi media sosial tertinggi yang dimuat turun melalui apple store [mendahului youtube, snap chat, instagram dan facebook] – suku pertama 2019
  4. 41% pengguna TikTok merupakan golongan muda [16-24]
  5. 52 minit secara purata diperuntukkan oleh seorang pengguna untuk aplikasi ini dalam sehari
  6. TikTok wujud untuk 155 negara dan dalam 75 bahasa

Ini menjadikan TikTok menjadi pilihan ramai usahawan yang cuba mengambil peluang untuk menarik perhatian penggunanya!

Sampai jumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s