“inovasi? tak sesuai untuk perniagaan kecil saya”
“Inovasi? Perniagaan kecil tak perlu inovasi”
“Belum lagi…jauh lagi nak ber-i-novasi”
“Inovasi hanya untuk syarikat besar sahaja”
Semua di atas adalah stigma umum bila disentuh mangenai topik ini. Mungkin perkataan inovasi ini bukan sebutan harian kita. Tetapi secara tidak sedar sebenarnya, anda antara kita yang sudah mengaplikasikan inovasi dalam perniagaan …
Di barat, inovasi adalah elemen penting untuk perniagaan mereka. Bila mereka bincang mengenai inovasi mereka nampak peluang dan mereka terus u-saha untuk menjadikan inovasi itu semakin baik. Di Malaysia, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) merupakan agensi yang memacu agenda inovasi untuk usahawan pemula seperti anda. Banyak program yang dianjurkan untuk membantu usahawan menguasai inovasi dan dalam masa yang sama barisan mentor secara percuma untuk memperkasakan usahawan. Persoalannya hendak atau tidak sahaja kita luangkan masa untuk belajar dan kuasai.
Jadi apa itu inovasi sebenarnya?
Inovasi berasal daripada perkataan latin innovare yang bermaksud memperbaharui
Menurut kamus oxford dictionary : sesuatu idea yang baru atau membuat sesuatu dengan cara yang baru
“Inovasi adalah sesuatu domain [bidang ilmu, kepakaran atau minat], produk atau perkhidmatan yang diperbaharui dan dikemaskini ke dalam proses yang baru, dengan memperkenalkan teknik baru, atau mewujudkan idea yang berjaya”
Innolytics Innovation

Sumber daripada BDC menyatakan ada empat kesan inovasi ke atas perniagaan anda iaitu:
- meningkatkan jualan dan menambah baik hubungan anda dengan pelanggan
- mengurangkan pembaziran dan kos dalam perniagaan anda
- meningkatkan kedudukan perniagaan dalam pasaran
- menambah baik hubungan anda dengan pekerja
Kesimpulannya, inovasi mempunyai kesan 360 darjah kepada perniagaan anda! bukan satu, bukan empat malah lebih. Yang penting kena yakin.
Bagaimana inovasi boleh di lakukan dalam perniagaan anda?
Ada banyak cara inovasi yang boleh dilakukan dalam perniagaan seperti yang disebut dalam artikel oleh lead-innovation
- Inovasi produk – ini yang banyak berlaku dalam produk yang dijual pada hari ini. Kita gabungkan kehendak semasa dan sesuaikan dengan penerimaan tempatan. Contoh, goreng pisang cheese, bubble tea gula apong, pizza sambal ikan bilis dan banyak lagi. McDonald sendiri pon sudah menjual nasi lemak McD untuk menambat hati orang Malaysia. Daripada segi pembungkusan produk, pelbagai persembahan produk dengan mesra pelanggan seperti budu di dalam tiub dan maggi di dalam cawan.
- Inovasi perkhidmatan – perkhidmatan seperti menjual hasil laut yang telah di bersihkan dan dihantar terus ke rumah pelanggan, penggunaan chatbot untuk menjawab soalan daripada pelanggan 24 jam, perkhidmatan doktor atas talian dan banyak lagi
- Inovasi bisnes model – bisnes model langganan yang mana pelanggan boleh membuat pesanan untuk sesuatu tempoh yang diperlukan. Anda boleh klik pautan di atas untuk cari idea bagaimana nak sesuaikan model ini dengan perniagaan anda. Satu lagi yang sangat popular adalah kewujudan platform (ekonomi perkongsian) seperti Airbnb, Grab, Food Panda. Mereka beroperasi dengan berkongsi asset di dalam ekonomi.
Inovasi adalah kelebihan untuk melihat perubahan sebagai peluang dan bukan sebagai ancaman
Steve Job
Saya mengharapkan perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberi anda idea untuk menerapkan inovasi dalam perniagaan. Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut sahabat-sahabat saya yang berpengalaman daripada Stratnavigo Consulting PLT mungkin dapat membantu.