Sasarkan ‘A’ Tambah Untuk Khidmat Pelanggan Anda

Mempunyai produk atau perkhidmatan dan pelan pemasaran sahaja tidak cukup untuk menjana pendapatan yang konsisten. Anda mungkin berjaya menjual sekali kepada pelanggan A, namun tidak semestinya pelanggan A akan berulang membeli daripada anda. Salah satu elemen yang membuatkan pelanggan ingat mengenai anda, adalah khidmat pelanggan yang anda tawarkan.

As the old saying goes, you don’t get a second chance to make a first impression.

Seperti kata pepatah lama, anda tidak mendapat peluang kedua untuk membuat kesan yang pertama

Dalam anda berlumba-lumba mendapatkan pelanggan, kena pastikan anda dapat melayan pelanggan dengan baik supaya mereka selalu rasa dihargai. Khidmat pelanggan adalah amat penting kerana ia mempunyai kesan langsung kepada perniagaan anda. Anda bekerja keras untuk mencapai objektif di bawah:

  1. memastikan aliran tunai yang baik
  2. menjaga reputasi jenama
  3. membesarkan asas pelanggan (customer base) anda

Photo by Amina Filkins on Pexels.com

Apakah lima perkara asas yang anda perlu lakukan untuk capai khidmat pelanggan ‘A’ tambah?

  1. Talian telefon anda perlu dijawab – Inilah yang paling asas. Jika anda berikan nombor telefon untuk dihubungi kena jangkakan yang anda mungkin akan dapat panggilan telefon selepas waktu operasi. Beri alternatif kepada pelanggan, sama ada tinggalkan pesanan suara, tinggalkan pesanan menerusi WhatsApp atau email.
  2. Jangan berJanji, kalau tidak mampu tunaikan – Pelanggan akan selalu ingat apa yang anda katakan pada mereka. Jika ambil tempahan, pastikan anda mampu melaksanakannya. Jangan ambil tempahan melebihi kapasiti pengeluaran anda.
  3. Dengar keluhan pelanggan – Selalu bab keluhan pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan ini lah yang paling mencabar. Ada masanya pelanggan meluahkan rasa tak puas hati menggunakan laman sosial. Tup tup terus, viral. Peniaga pula tak mahu kalah. Jadi akhirnya, masalah tak selesai tetapi reputasi perniagaan pula yang tercalar.
  4. Tawarkan servis tambahan – Jangan berkira dengan pelanggan. Ada perkara yang simple bagi peniaga tapi mungkin sesuatu yang bermakna untuk pelanggan. Contoh paling mudah, jika anda nampak pelanggan memegang banyak barang, mungkin anda boleh tawarkan khidmat untuk angkat barang hingga ke kereta.
  5. Buat pelanggan rasa istimewa – Ini yang selalu peniaga lupa. Bila kita dapati pelanggan ini adalah pelanggan setia kita, berilah ganjaran seperti diskaun, produk percuma, voucher atau cenderamata. Kadang-kadang, ucapan hari jadi melalui SMS / WhatsApp atau email cukup membuatkan pelanggan rasa istimewa.

Seterusnya, adakah alat sokongan (tool) yang sesuai & mampu milik (affordable) untuk mengekalkan khidmat pelanggan lima bintang?

  • WhatsApp Business – Whatsapp Business mempunyai tiga (3) jenis pesanan yang kita boleh tentukan iaitu mesej jauh (Away Message), mesej ucapan & jawapan pantas. Boleh baca lebih lanjut di sini : https://lernify.com/5-kelebihan-utama-whatsapp-business/
  • Google My Business – Ini adalah aplikasi percuma dan mudah digunakan untuk perniagaan dalam menguruskan kehadiran anda dalam talian Google, termasuk carian dan Peta. Anda boleh mengemaskini maklumat perniagaan anda dan waktu operasi supaya pelanggan tahu mengenai perniagaan anda. Dapatkan maklumat lanjut di pautan ini. https://support.google.com/business/answer/9790266?hl=ms
  • CRM atau sistem pengurusan pelanggan – menggunakan sistem ini membolehkan anda menguruskan data pelanggan dengan lebih baik. Ia juga membolehkan anda mengklasifikasi pelanggan mengikut kesesuaian anda. Ada beberapa yang sesuai dan mampu milik seperti CRShubspot, CRM Sendinblue, CRM Soho, Pepdrive dan baanvak lagi. Anda boleh rujuk Maklumat lanjut di sini: https://ecommerce-platforms.com/ms/crm-software/best-crm-for-small-business

Semoga perkongsian ini akan membuka sedikit ruang untuk anda tambah baik khidmat pelanggan anda supaya boleh capai lima bintang dan cemerlang.

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s