Perkara biasa dalam perniagaan yang kita akan melalui pelbagai fasa untuk terus maju dan berkembang. Persoalannya, adakah perniagaan anda mengalami situasi yang saya senaraikan di bawah?
- Banyak modal telah anda suntik ke dalam perniagaan tetapi perniagaan masih tidak maju
- Persaingan yang terlalu ramai dan anda rasa tidak mampu bertahan
- Perkembangan syarikat telah mencapai tahap ‘plateau’…mendatar anda buntu apa lagi perlu anda lakukan
- Jualan produk sudah tidak memberikan reaktif positif, anda mati akal tak tahu apa nak buat lagi
- Perspektif mengenai industri telah berubah, perniagaan anda terus terjejas teruk
Adakah anda pernah dengar atau pertimbangkan untuk melakukan ‘pivoting‘ terhadap perniagaan anda?

Apa itu pivoting?
Pivot bermaksud mengubah arah perniagaan secara asasnya apabila anda menyedari produk atau perkhidmatan semasa tidak memenuhi keperluan pasaran. Matlamat utama adalah untuk membantu syarikat meningkatkan pendapatan atau bertahan di pasaran.
“Pivoting ialah memfokuskan pada kumpulan pelanggan yang berbeza dengan menempatkan syarikat ke pasaran baru”
Tiga (3) Cara Pivot Perniagaan Anda
- Pivot produk dan perkhidmatan – Banyak perniagaan yang mengambil peluang menjual pelitup muka, ‘hand-sanitzer‘, menjual keperluan rumah, penghantaran pintu ke pintu dan sebagainya. Ini adalah sebahagian inovasi perniagaan menyedari keperluan ekosistem di mana anda berada.
- Pivot jualan ke atas talian (online) – Ada perniagaan yang sebelum ini beroperasi 100% fizikal. Walau bagaimanapon, pelanggan masa kini lebih selesa membuat tempahan atau pembelian secara atas talian. Jika anda masih tidak bersedia untuk pivot, sukar untuk anda bersaing seiring dengan kehendak semasa.
- Pivot untuk beroperasi secara remote – Banyak perniagaan hari ini memilih untuk tidak mempunyai premis atau kedai tetap. Ini kerana operasi jualan telah dipindahkan atas talian, jadi pelanggan tidak perlu ke kedai. Kerja lebih mudah melayan pelanggan sahaja di atas talian di mana sahaja anda berada asalkan ada jaringan internet yang baik. Ada juga yang menggunakan co-working space sebagai pejabat kerana kos yang murah. Anda bebas memilih penetapan yang bagaimana mengikut kemampuan.
Hakikatnya, pivot ini bukan sesuatu yang baru. Beberapa contoh jenama tersohor juga melakukannya seperti Twitter, Paypal, Nintendo, Groupon, Starbucks, Nokia dan banyak lagi melalui fasa pivoting untuk terus kekal di dalam perniagaan. Ironinya, ia tidak mudah, tetapi mereka berjaya melaluinya.
Persoalannya sekarang, bagaimana anda nak mulakan?
Anda jangan berfikir terlalu jauh mulakan dengan apa yang anda ada. Fokus kepada dua pilihan yang ada miliki iaitu (i) pelanggan dan (ii) produk atau perkhidmatan
- mulakan dengan pelanggan anda – Dalam hal ini lebih mudah, anda cari apa lagi produk atau perkhidmatan yang mungkin diperlukan oleh pelanggan anda. Cara mudah, tanya kepada mereka secara bersemuka atau sediakan borang maklum balas. Cari la jalan paling kreatif untuk mendapatkan respon mereka kerana anda akan lebih faham apa yang mereka perlukan. Contohnya anda menyediakan perkhidmatan salon menggunting rambut. Mungkin sekarang salon anda juga boleh menawarkan khidmat merias kuku dan juga rawatan kaki. Jadi pelanggan boleh membuat beberapa perkara lain sepanjang mereka berada di dalam salon.
- mulakan dengan produk dan perkhidmatan anda – Anda juga menggunakan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ini untuk disesuaikan dengan segmen pelanggan yang baru. Secara ringkas, anda akan mengubahsuai produk atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan baru. Contohnya, jika sekarang anda menjual ‘lunch box’ selera kampung, mungkin anda boleh menambah menu ‘lunch box’ diet untuk menyesuaikan dengan selera pelanggan yang hendak makan lunch tetapi menjaga pengambilan kalori mereka. Nah, anda telah membuka ruang untuk segmen pelanggan diet sihat.
Saya suka nak sertakan satu quote di sini :
Pivoting isn’t plan B; it’s part of the process. – Author: Jeff Goins
Pivoting bukan rancangan B; ia adalah sebahagian daripada proses.
Anda boleh baca beberapa pautan berkaitan pivoting untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.forbes.com/sites/biancamillercole/2020/05/22/36-real-entrepreneurs-share-top-tips-on-how-they-pivot-business-during-lockdown/?sh=6c3a4d7615f7
https://www.forbes.com/sites/jasonnazar/2013/10/08/14-famous-business-pivots/?sh=49aaa86b5797
https://www.inc.com/bruce-eckfeldt/how-to-pivot-your-business-stay-resilient.html