Pada artikel yang lepas saya ada menulis mengenai bootstrapping iaitu membiayai perniagaan anda menggunakan dana sendiri dan tidak menggunakan pembiayaan luar. Bootstrapping memberikan anda ‘flexibility‘ atau kelenturan dalam menguruskan dan mencuba model perniagaan baru anda. 10 idea bisnes yang simple, dengan modal minimum telah diberikan dan insyaallah boleh menjana hasil yang lumayan.

Betitik tolak daripada perbincangan tempoh hari, seterusnya mari ketahui bagaimana kita boleh boleh membuat persediaan untuk mendapatkan modal kewangan dalam perniagaan. Peringatan mesra di sini, langkah ini diambil apabila kita sudah benar-benar yakin boleh memikul tanggungjawab dan komitmen untuk membuat bayaran bulanan kepada institusi kewangan.
Saya simpulkan satu artikel yang saya baca: Mengapa Bank Katakan TIDAK Pada Pinjaman Perniagaan Permulaan ‘Why Banks Say NO to Startup Business Loans‘
Perniagaan permulaan adalah segmen paling berisiko yang menjadi sebab utama mereka sukar mendapat pembiayaan. Perniagaan startup adalah perniagaan yang berumur kurang daripada 6 bulan. Selain daripada penilaian kredit yang lemah dua lagi faktor ini saya rasa penting untuk di ketengahkan hasil pembacaan saya daripada artikel ini.
- Kekurangan Pengurusan [lack of management] – Fasa permulaan perniagaan, kebolehan pengurusan perniagaan anda masih belum meyakinkan pihak bank. Oleh itu ambil kesempatan ketika fasa ini untuk memperkemaskan pengurusan anda.
- Kekurangan asas pelanggan [lack of customer base] – Pada fasa ini, anda masih lagi membina asas pelanggan. Saya syorkan anda cuba pelbagai kaedah untuk membuat aktiviti pemasaran berkesan untuk menarik pelanggan datang ke kedai. Selain cara fizikal, optimumkan penggunaan digital – pemasaran digital.
Apa yang anda perlu tahu seterusnya?
Ada beberapa perkara asas yang perlu anda tahu sebelum meminjam daripada institusi kewangan?:
- Tujuan pembiayaan : kenal pasti keperluan pembiayaan untuk perniagaan anda.
- Komitmen membayar balik: pinjaman atau pembiayaan yang telah diperolehi harus dibayar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan komitmen
- Nisbah Debt Service Ratio: hutang / pendapatan bersih x 100
- Peka Status Kredit Report Anda : Amalkan 6 bulan sekali untuk semak kredit report anda.
Tempoh Masa Pinjaman, Tujuan dan Contoh Fasiliti Pembiayaan Bersesuaian
Jika anda lihat diatas, bukan semuanya pembiayaan adalah daripada bank. Anda boleh cuba daripada pelbagai sumber seperti ekuiti, modal teroka, dana kerajaan (gran), pinjaman daripada syarikat kredit, kewangan alternatif dan sebagainya.
Jangka Panjang | Jangka Pertengahan | Jangka Pendek |
pembiayaan keseluruhanperniagaan | Pembiayaan projek atau aset berjangka masa panjang | Pembiayaan keperluan harian perniagaan |
Modal saham Perolehan Tertahan (Retained earning) Modal Teroka (Venture capital) Pinjaman Hartanah Pinjaman bank berjangka panjang (Long term debt) | Pinjaman bank Sewa / Pajakan Sewa beli Gran Kerajaan Crowdfunding P2P – Pembiayaan Rakan Setara | Overdraft Bank Credit Perdagangan Faktoring |
Kita telah melangkah ke era digital, anda boleh membuat memohon pembiayaan tanpa perlu ke bank?
imSME adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS yang pertama di Malaysia oleh CGC. imSME memadankan keperluan kewangan perniagaan usahawan dengan produk pembiayaan/pinjaman bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat. Perkataan ‘mSME’ dalam imSME merujuk kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana yang dikenali sebagai PKS.
Mudahkan…Boleh rujuk soalan lazim mengenai imsme di sini: https://imsme.com.my/portal/soalan-lazim/