Peranan Coach Untuk Membantu Usahawan

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘coach‘? Apa kaitan ‘coach‘ dengan perniagaan anda?Kenapa usahawan sanggup membayar ‘ribuan ringgit’ untuk mendapatkan khidmat ‘coach‘?

Coaching adalah sangat efektif membantu individu dalam membuat keputusan dan perubahan dalam kehidupan. Thomas Leonard dikatakan adalah individu pertama yang telah menjadikan coaching sebagai satu profession pada awal 1980-an dan berkembang sehingga kini. Jika berminat nak membaca lebih lanjut mengenai beliau boleh rujuk pautan ini: https://certifiedcoach.org/about/

Coach dan mentor adalah dua perkara berbeza. Maksudnya bila seseorang mengatakan mereka adalah coach, mereka akan bantu individu mencari jawapan yang ada pada individu itu sendiri tetapi untuk mentor adalah sebaliknya.

Ingat, coach tidak memberi jawapan kepada permasalahan anda. Mereka memantau perkembangan anda berdasarkan matlamat dan pelan tindakan yang dibincangkan semasa sesi coaching berlaku.

Kenapa Coach penting untuk usahawan?

Usahawan selalu terbeban dengan tanggungjawab mengurus dan menjalankan operasi perniagaan. Setiap masa ada idea baru dan tak kurang pelbagai cabaran baru. Mereka akan lebih tertekan jika perniagaan itu dijalankan sendirian dan segala keputusan harus dilakukan segera. Dalam perniagaan, segala keputusan yang dibuat ada impak pada untung rugi perniagaan sama secara langsung atau tidak.

Ramai usahawan yang saya temui, pasti ada perkara yang terbuku untuk dibincangkan. Tetapi, tidak mudah untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja. Cabaran yang dihadapi pelbagai seperti kedudukan kewangan syarikat yang meruncing, pekerja berhenti, jualan merudum, ambil alih perniagaan keluarga dan macam-macam lagi. Ini semua masalah yang terlalu sulit atau confidential untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja dan ia juga melibatkan rahsia perniagaan itu sendiri. Ada yang pernah berkongsi dengan pasangan , keluarga terdekat dan sahabat handai, tetapi penerimaan mereka sebaliknya. Perkara ini biasa, kerana sebagai manusia kita akan ada kecenderungan untuk ‘judge’ atau menghakimi seseorang bila kita dengar masalah orang.

Oleh itu adalah penting, peranan coach ini berbeza. Mereka adalah professional terlatih tidak ada sifat menghakimi individu, bersikap neutral, ada keinginan melihat individu menjadi lebih baik dalam apa jua bidang yang diceburi dan yang paling penting dedikasi.

Apa itu Coaching?

Coaching merupakan sesi perbualan di antara Coach yang mempunyai ‘skil coach’ dengan Coachee iaitu individu yang ingin mendapatkan khidmat coach. Perbualan selama 45 minit ke 60 minit ini adalah fokus. Hasilnya, coachee akan dapat membuat pelan tindakan untuk mendepani isi atau misi yang hendak diselesaikan. Bukan itu sahaja, tindakan yang diambil adalah bersesuai dengan tahap kemampuan mereka pada ketika itu. Atau dalam erti kata lain ‘realistik‘.

Photo by mentatdgt on Pexels.com

Apa yang boleh kita jangkakan sebelum sesi coaching berlaku?

  • Kehendak : Mesti ada keinginan daripada coachee sendiri untuk mendapatkan bantuan coach secara rela
  • Tujuan Coaching : Coachee yang akan menentukan objektif yang hendek dicapai ketika sesi ini berlangsung. Contohnya: merancang hala tuju syarikat, meningkatkan efisiensi & produktiviti syarikat dan sebagainya
  • Masa Perbualan : 45 minit ke 60 minit
  • Persetujuan : Mesti ada persefahaman di antara coach dan coachee kerana perbincangan di adalah sulit
  • Kekerapan: lebih daripada sekali menurut persetujuan dua pihak

Kerangka (Framework) Coaching

Model yang paling popular digunakan oleh coach adalah GROW Model. GROW adalah empat langkah mudah yang membantu anda menyusun sesi bimbingan dan bimbingan dengan ahli pasukan. Terpulang kepada kepakaran coach anda, mereka pasti ada banyak cara atau teknik lain yang lebih berkesan berdasarkan pengalaman mereka.

  • G – Goal (Tujuan) – Usahawan menentukan matlamat dan aspirasi yang hendak dicapai
  • R – Reality (Realiti) – Usahawan menilai keadaan semasa, halangan dalaman dan luaran
  • O – Option (Pilihan) – Usahawan melihat kemungkinan, kekuatan dan sumber yang dimiliki
  • W – Will (Keinginan) – Usahawan menentukan tindakan atau langkah yang akan diambil

Pendekatan GROW mendidik keyakinan dan motivasi diri, yang memberi kesan kepada peningkatan produktiviti dan kepuasan diri. Akhir kata, sebagai usahawan jangan malu atau segan bila kita memerlukan bantuan coach kerana mereka adalah individu terlatih yang telah dibekalkan dengan skil yang mantap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s