Untuk sesuatu produk atau perkhidmatan mendapat tempat di hati pelanggan, menyediakan tawaran nilai yang berpadanan dengan kehendak pelanggan adalah penting. Tawaran nilai yang baik, akan menukarkan apa yang anda janjikan itu kepada jualan yang optimum. Ia tidak memerlukan perkataan yang canggih, tapi yang penting ‘straight to the point‘.
Di manakah anda boleh mempamerkan ‘Tawaran Nilai‘ ?
- Website syarikat & laman sosial
- Pembungkus produk
- Poster, risalah (brochure) dan bunting syarikat
- ‘Marketing Collateral‘ lain yang digunakan syarikat

Tetapi adakah anda tahu apakah itu tawaran nilai?
Tawaran nilai adalah satu penyataan perniagaan untuk menjelaskan mengapa pelanggan harus membeli sesuatu produk atau perkhidmatan anda. Ia memberikan keyakinan dan harapan kepada bakal pelanggan bahawa produk atau perkhidmatan ini akan menyelesaikan masalah mereka atau menambah baik kondisi keadaan mereka sekarang. Ia adalah penjelasan yang kukuh mengapa pelanggan perlu memilih produk atau perkhidmatan anda berbanding pesaing. Secara langsung tawaran nilai merupakan satu pesanan pemasaran atau ‘marketing message’ yang kuat mengenai perniagaan anda.

Tawaran nilai adalah jawapan kepada pertanyaan: “Mengapa saya perlu membeli daripada kamu dan bukan pesaing?”
-Neil Patel @neilpatel
Contoh Penyediaan Tawaran Nilai Yang Baik
Contoh 1: Tawaran Nilai Lyft: “Rides in Minutes” – Perjalanan dalam beberapa minit
- Produk: Perkhidmatan kereta atas talian
- Sasaran Pasaran: pelanggan yang ingin bergerak daripada point A ke B dengan cara yang mudah
- Faedah Utama: Respon segera
- Apakah yang menyebabkan ia unik: Lyft fokus dalam menyediakan perkhidmatan setempat tanpa bertangguh.
Contoh 2: Tawaran Nilai Air Asia : “Now Everyone Can Fly“- Sekarang Semua Orang Boleh Terbang
- Produk : Perkhidmatan penerbangan
- Sasaran Pasaran: Pelanggan yang ingin menaiki perkhidmatan penerbangan domestik atau luar negara
- Faedah Utama: Pelanggan mendapat kemudahan penerbangan dengan tambang murah
- Apakah yang menyebabkan ia unik: Memberikan perkhidmatan penerbangan pada kadar keselesaan minimum dengan tambang murah
Baca lebih banyak maklumat di pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut:
https://conversion-gorilla.com/unique-value-proposition/
https://cxl.com/blog/value-proposition-examples-how-to-create/