Usahawan Perlu Belajar Bagaimana Hendak Lakukan ‘Sales Pitch’ Dengan Baik Dalam Masa Yang Singkat

Membuat jualan yang ‘berganda’ merupakan impian semua usahawan. Dalam erti kata lain, jualan yang berganda menandakan pelanggan dalam fasa selesa dengan produk atau servis yang ditawarkan. Bergantung kepada kualiti dan pengalaman yang dinilai pelanggan, mereka sanggup membayar harga yang mereka rasakan berpatutan dengan tahap kepuasan yang dinilai oleh mereka sendiri.

Photo by Anete Lusina on Pexels.com

Tetapi, adakah anda tahu semuanya bermula dengan ‘Sales Pitch’?

Sebelum kita mulakan perbincangan hari ini, ‘sales pitch’ merupakan persembahan yang boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Dalam masa tertentu, sales pitch ini dijalankan secara formal yang mana disertakan dengan slides presentation untuk mengukuhkan fakta dan menarik minat penonton atau ‘audience’.

Manakala situasi yang tidak formal pula ialah bila kita dapat jumpa prospek atau pelanggan dan secara bersahaja kita sampaikan maklumat mangenai produk atau servis yang kita sediakan dengan spontan dan santai. Kadangkala peluang ini datang dalam situasi yang kita tak rancang seperti ketika menghadiri majlis, ketika menaiki kenderaan awam dan sebagainya.

Bagaimana menyediakan ‘sales pitch’ yang baik?

Beberapa langkah mudah membuat ‘sales pitch’ yang berkesan:

  • Masa yang singkat [cuba terhadkan tidak lebih 5 minit]
  • Fakta yang jelas. 
  • Terangkan siapa pelanggan anda
  • Terangkan apa masalah pelanggan
  • Terangkan bagaimana produk anda dapat menyelesaikannya
  •  Kongsi testimonial produk anda

Boleh baca dengan lanjut daripada blog ini: https://blog.hubspot.com/sales/sales-pitch-examples.

Tahukah anda sales pitch yang baik bukan sahaja dapat menarik ‘Pelanggan‘ tetapi menarik minat ‘Pelabur‘ yang mungkin dapat menambah modal dalam perniagaan anda. Kebolehan melemparkan idea yang baik memberi rezeki kepada banyak syarikat permulaan atau ‘start-up’ untuk mendapatkan modal daripada pelabur untuk bersama-sama mereka.

Sales Pitch yang baik perlu menekankan beberapa perkara:

  • Sampaikan seperti bercerita
  • Tambahkan emosi untuk berhubung dengan perasaan pelanggan
  • Penyampaian perlu ada intonasi bersesuaian dengan cerita yang disampaikan
  • Sokong dengan fakta untuk mengukuhkan perceritaan anda
  • Sediakan skrip untuk membantu anda mengingat plot cerita dan fakta
  • Berlatih dan berlatih [lihat cermin dan lihat reaksi muka dan pergerakan badan]
  • Yakin dan santai

Anda boleh belajar dariapada video peserta SUPERB TERAJU dan ambil contoh bagaimana ‘sales pitch’ yang baik boleh dilakukan. Rujuk link ini untuk mendapatkan lebih banyak video: http://www.teraju.gov.my/superbfinals/#!/

Selain daripada belajar daripada website dan link YouTube diatas, luangkan masa untuk hadir ke kelas online atau fisikal yang banyak ditawarkan diluar. Jangan jemu mencari ilmu untuk membaiki kemahiran dan ini semua akan membantu anda meningkatkan jualan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s