Secara purata, banyak perniagaan gagal dalam fasa permulaan dalam perniagaan. Ada beberapa faktor kegagalan yang boleh dikongsikan di sini seperti gagal merancang perniagaan dengan baik, kurang ilmu pemasaran, lokasi tidak strategik, tidak mengurus kewangan dengan baik dan sebagainya. Ini bukan sahaja menyebabkan ramai usahawan gagal dan terpaksa gulung tikar, tetapi dibebani hutang bank yang harus dilangsaikan.

Konsep umum ‘Bootstrapping’ adalah membiayai perkembangan perniagaan anda dengan menggunakan modal anda sendiri dan tanpa menggunakan dana luar. Ia juga adalah bertujuan untuk menguji ketahanan bisnes model yang sedang dijalankan. Satu faktor menyebabkan ia sangat digalakkan ialah kerana peniaga mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perniagaan dan bebas membuat keputusan.
Istilah “bootstrapping” bermula dengan ungkapan yang digunakan pada abad ke-18 dan ke-19: But tinggi boleh mempunyai tab, gelung atau pemegang di bahagian atas , yang membolehkan seseorang menggunakan jari atau alat kait but untuk membantu menarik but.
Saya kongsi ilmu yang saya pelajari daripada guru bisnes Dato Roslan Abd Hamid & mentor saya Tuan Norizan Sharif (NOBISHA) mengenai lima modal bisnes semasa saya berkhidmat di INSKEN.
- Modal DIRI – Anda adalah MODAL penting untuk perniagaan anda. Kita sendiri adalah ambasador kepada perniagaan itu sendiri.
- Modal ILMU – Apa pon perniagaan yang anda hendak ceburi, kena adalah ilmu. Asas ilmu perniagaan perlu ada pengurusan, ilmu kewangan, ilmu operasi perniagaan dan ilmu pemasaran.
- Modal KEMAHIRAN – kemahiran merujuk kepada apa yang anda bawakan dlm perniagaan dan menjualnya dlm tawarkan sebagai servis atau produk
- Modal SOSIAL – Orang berniaga kena ada rangkaian sosial. Sertai persatuan, group FACEBOOK perniagaan dan cari rangkaian yang membolehkan anda sentiasa trend dan kehendak semasa.
- Modal KEWANGAN – Modal ini untuk menjalankan operasi perniagaan seperti membeli bahan mentah & stok, alatan perniagaan, membayar utility, gaji pekerja dan sebagainya.
Sepuluh (10) idea BOOTSTRAPPING yang tidak memerlukan modal yang besar tapi mungkin memberikan keuntungan yang berlipat ganda.
- Perniagaan jualan kuih / masakan dari rumah
- Jual produk kecil-kecilan atau dropship daripada rumah atau online
- Ambil tempahan menjual & menggubah bunga
- Mengajar subjek yang anda minati dalam talian
- Servis mengambil upah menjaga kanak-kanak secara mobile
- Servis membersihkan rumah dan memasak
- Servis menghantar parcel atau makanan
- Menjual bahan basah yang telah dibersihkan
- Servis membina website & kepakaran programming
- Ambil tempahan sebagai jurugambar untuk majlis harijadi atau ulangtahun perkahwinan
Saya rujuk petikan dalam artikel berbahasa Inggeris : 10 contoh syarikat yang bermula dengan bootstrapping. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini: https://richtopia.com/effective-leadership/10-successful-companies-started-bootstrapping-case-studies/
“Bootstrapping is entrepreneurship in its purest form. It is the transformation of human capital into financial capital”
‘Bootsrapping adalah keusahawanan dalam bentuk yang sangat murni. Ia adalah transformasi modal insan kepada modal kewangan’