Mengapa Usahawan Perlu Kuasai Ilmu Pensyarikatan?

Menguasai ilmu pensyarikatan adalah penting untuk usahawan yang bercita-cita besar untuk melihat perniagaan mengorak langkah ke tahap seterusnya. Bermula kecil tidak mengapa, tetapi semestinya suatu hari nanti perniagaan anda akan berkembang dan perlukan lebih banyak sumber untuk membantu pertumbuhan. Inilah antara sebab menguasai ilmu pensyarikatan amat – amat penting.

Seperti yang kita maklum, perniagaan jenis mikro yang bergerak secara persendirian selalunya akan bermula dengan pemilikan tunggal (sole proprietor). Pendaftaran perniagaan ini adalah sangat mudah untuk dimulakan dengan hanya bermodalkan daripada RM40 – RM70 untuk mendaftarkannya. Anda boleh terus ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau buat permohonan secara atas talian. Mudahkan….

Namun begitu, perkara biasa yang berkaitan pemilikan tunggal, jika usahawan berhasrat menskalakan atau membesarkan perniagaan dan memerlukan dana tambahan daripada institusi kewangan, keupayaan nya amat berbeza jika dibandingkan dengan perniagaan yang berdaftar dengan Syarikat Sdn Bhd.  Lebih jelas bila kita lihat perbandingan yang dipaparkan pada jadual dibawah:

Perbandingan Syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), Perkongsian Am dan Pemilikan Tunggal.

Sumber:  https://myeidos.com/cara-mendaftar-lesen-perniagaan-enterprise-trading/#google_vignette

Disimpulkan 9 sebab ber ‘syarikat’ itu dapat membina kekayaan berbanding enterprise daripada artikel seterusnya yang pernah dikongsi oleh ABS Business Consulting  dihttps://www.thevocket.com/9-sebab-bersyarikat-kekayaan-berbanding-enterprise/

  1. Hutang peribadi dan hutang bisnes dipisahkan
  1. Hutang rakan kongsi ialah hutang syarikat
  1. Bank tawarkan fasiliti kemudahan
  1. Dokongan orang luar
  1. Cukai lebih rendah
  1. Pengecualian cukai
  1. Syarikat jadi warisan keluarga
  1. Pikul tanggungjawab bersyarikat

Oleh itu, penguasaan mengenai ilmu pensyarikatan adalah sangat penting untuk memastikan anda benar-benar faham tujuan dan impaknya kepada perniagaan anda dalam masa yang panjang. Penubuhan atau pendaftaran syarikat bukan sekadar membolehkan anda menjalankan perniagaan, tetapi merancang kekayaan perniagaan pada masa hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s