Menguasai Minda Usahawan

Perkongsian saya bersama sekumpulan pelajar – pelajar daripada sebuah universiti baru-baru ini mengenai minda usahawan. Ramai yang berminat nak menjadi usahawan, tetapi tidak tahu persediaan untuk mempunyai minda usahawan perlu ada. Perlu buat ‘homework’ apa persediaan dan ciri-ciri usahawan yang perlu dipersiapkan.

Sebelum kita mulakan perbincangan hari ini, saya nak share satu falsafah Jepun ‘IKIGAI‘ yang boleh kita jadikan panduan. Ikigai adalah falsafah yang diterapkan dalam kehidupan seharian orang Jepun bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

Iki 生 bermaksud hidup dan gai 甲斐bermaksud hasil atau kesan dan ikigai 生甲斐 secara ringkasnya bermaksud sebab atau tujuan kita hidup atau apa yang membuatkan hidup kita bermakna bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

Boleh belajar dengan lebih lanjut di website ini: https://mitcsb.wixsite.com/mitc/post/ikigai-rahsia-orang-jepun-umur-panjang-kekal-bahagia

Semestinya, kita tak sempurna, tetapi cukup untuk kita faham mempunyai ‘passion’ atau ‘semangat’ asas utama untuk minda usahawan yang cemerlang. Semangat dalam definisi: “kita melalukan sesuatu kerana minat dan ingin menawarkan produk atau servis dengan tujuan untuk memberikan penyelesaian kepada keperluan mereka. Kita melakukannya dengan kondisi yang cemerlang

Contoh mudah yang saya rasa sangat dekat dengan senario semasa:

Ali suka memasak dan beliau bukan sahaja menghadiri kelas-kelas masakan untuk belajar resepi baru, tetapi beliau juga sentiasa mencuba resepi baru bersesuaian dengan perkembangan dunia masakan. Beliau akan memasak untuk rakan-rakan dan mendapatkan maklum balas untuk menambah baik masakan beliau. Beliau rasa gembira bila hasil resepi baru yang beliau tambah nilai dapat dinikmati oleh orang-orang yang beliau sayangi. Akhirnya, berkat dorongan keluarga dan sahabat-sahabat beliau, Ali kini sudah memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan di atas talian. Semuanya HANYA bermula daripada dapur rumah beliau

Daripada cerita di atas lihat bagaimana saya boleh mengolah ‘minda usahawa’ yang dimiliki oleh Ali:

  • Ali mempunyai ‘passion‘ terhadap dunia masakan
  • Beliau mempunyai ‘keinginan‘ untuk meningkatkan kemahiran beliau
  • Beliau sanggup ‘mengambil risiko‘ untuk mencuba masakan baru dan tidak kenal erti putus asa
  • Beliau membuat ‘pengesahan pasaran’ atau ‘market validation’ untuk mengetahui kehendak pelanggan
  • Beliau menganalisa ‘maklum balas pelanggan‘ untuk menambah baik masakan beliau
  • Beliau tidak gopoh, ‘langkah demi langkah‘ mulakan dengan apa yang ada

Dalam kita meraikan banyak kisah kejayaan usahawan muda yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, ada beberapa perkara yang kita boleh mulakan dengan bertanya DIRI kita beberapa soalan tersebut:

  1. Adakah kita benar-benar jelas halatuju perniagaan yang kita akan mulakan?
  2. Adakah kita sudah kenal pasti kekuatan dan kekurangan diri?
  3. Apakah ‘tawaran nilai’ atau ‘value proposition‘ yang kita hidangkan kepada pelanggan?
  4. Apakah ‘sumber‘ atau ‘resources‘ yang kita ada sekarang untuk memulakan perniagaan?
  5. Bilakah kita akan mula perniagaan tersebut dan bagaimana?

Who wishes to fight must first count the cost~Sun Tzu’s The Art of War 

~Siapa yang ingin bertanding mesti mengira kosnya~

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s