1. Ilmu digital – masih ramai usahawan yang tidak mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran digital. Banyak peluang dan potensi perniagaan dapat dikembangkan dan dipertingkatkan dengan hanya melakukannya di atas talian. Pelanggan masa kini mudah membuat analisis mengenai produk atau servis yang ditawarkan melalui internet. Sekadar mempunyai Facebook Page atau Instagram masih tidak memadai. Anda perlu mula belajar membina laman sesawang (website) syarikat. Website merupakan platform penting untuk menyediakan maklumat mengenai syarikat, pilihan produk atau servis yang disediakan dan langsung pelanggan boleh membuat transaksi terus untuk membeli produk atau servis.
Banyak inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan berdepan dengan cabaran pandemik.
- Inisiatif DX, (Digital Xccelerator) Pemacu Digital adalah hasil inisiatif kerajaan dalam menyediakan platform bimbingan, pembangunan kapasiti serta insentif kepada PKS untuk melonjak ke arah pendigitalan perniagaan agar dapat berdaya saing dan menempa kejayaan yang lebih besar. https://dx.com.my/ms/
- Gran Digital SME – Kerajaan akan memberikan geran padanan 50% hingga RM5,000 setiap syarikat untuk langganan perkhidmatan di atas. Geran padanan ini bernilai RM500 juta dalam tempoh 5 tahun, terhad kepada 100,000 PKS pertama yang memohon untuk mendigitalkan operasi perniagaan mereka. Mohon di https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1561
- Latihan keusahawanan berkaitan digital – Go-ecommerce merupakan satu lagi inisitif MDEC untuk membantu usahawan belajar secara virtual. Anda hanya perlu mendaftar dan semua modul adalah PERCUMA. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari website berikut: https://www.go-ecommerce.my
2. Rancang perniagaan dalam beberapa fasa. Ini adalah sangat penting untuk menyusun hala tuju perniagaan. Mempunyai pelan perniagaan yang terancang membantu kita melihat perniagaan kita daripada pelbagai sudut. Tidak boleh selamanya kita berniaga boleh ‘go with the flow’. Biasakan menulis dan melakar rancangan dalam beberapa fasa iaitu fasa permulaan, pengembangan, fasa matang.
Boleh rujuk pelbagai bahan bacaan di internet seperti Business Model Canvas (BMC). Kelebihan BMC membolehkan kita merancang, mengubahsuai dan mengembangkan perniagaan dengan hanya menggunakan satu lembaran. Menarik kan? Kalau masih rasa tak mahir, carilah business coach yang dapat membantu.

Banyak bahan bacaan yang boleh dimuat turun untuk mendapatkan maklumat mengenai BMC. Dengan hanya satu mukasurat, kita dapat menafsir persediaan perniagaan dengan lebih baik. Jika perniagaan sudah bermula, BMC akan menjadi pegangan bagaimana kita menambah baik perniagaan kita. Boleh rujuk YouTube link di bawah untuk memahami secara ringkas apa itu BMC.