Khidmat coach untuk membantu usahawan

Ramai usahawan yang terjejas dan masih tidak pasti apa yang perlu mereka utamakan untuk berdepan dengan masalah pandemik. Sedikit sebanyak ramai yang masih buntu bagaimana meneruskan kelangsungan perniagaan. Saya dan rakan-rakan saya akan melancarkan inisiatif CSR untuk Peniaga-Peniaga dan Usahawan Kecil. 90% perniagaan di Malaysia adalah SMEs dan usahawan kecil.

Photo by cottonbro on Pexels.com

Covid telah menyebabkan kebanyak organisasi atau perniagaan kecil/sederhana ditutup ataupun mengalami masalah besar. Dan kerana itu, soalan yang akan tertimbul di minda peniaga yang ingin mempertingkatkan prestasi perniagaan mereka selepas redahan pandemic ini adalah:

  1. Bagaimana cara kita berniaga di new normal?
  2. Tahap ketahanan model perniagaan dan sustainability
  3. Kebolehan untuk mengubah cara berniaga berdasarkan perubahan external yang diluar daya.

2021 membawa tanda-tanda positif yang ekonomi akan pulih. Dan peniaga-peniaga harus mengambil inisiatif untuk mengakar strategi business (Ini juga penting bagi business kecil-kecilan seperti business Makcik Kiah šŸ™‚ ).

Saya dan rakan2 saya, ingin mengambil peluang ini untuk membantu sektor perniagaan di Malaysia. Kami akan memberi Business Coaching secara PERCUMA kepada peniaga-peniaga SME/Usahawan yang berminat untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka melalui coaching, di mana kami akan memberi tumpuan kepada Goal Setting dan Being Solution Oriented. Coaching, adalah konsep yang masih baru di Malaysia dan popularitinya sudahpun meningkat secara mendadak. Dan rakan-rakan saya semua adalah Coaches yang berpengalaman dan juga mempunyai sijil pengiktirafan antarabangsa.

Pertuturan semasa di coaching session – Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.

Jikalau ada yang berminat atau mengenali peniaga-peniaga yang mungkin berminat untuk menjalani coaching, boleh menghubungi saya ataupun lihat/klik pautan di bawah.

https://teamcoach.com.my/khi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s