Perniagaan Perlu Ada Perancangan

Merancang perniagaan anda adalah sangat penting. Ada empat blok asas dalam merancang perniagaan iaitu (1) pengurusan (2) operasi , (3) kewangan dan (4) pemasaran. Perancangan yang teratur memudahkan kita untuk memandu perkembangan syarikat dengan lebih mampan.

Photo by Sam Lion on Pexels.com

Dalam hal pengurusan seumpamanya, kita harus jelas fungsi setiap perjawatan yang diwujudkan dan ini juga memastikan kita dapat menjalan tugasan-tugasan utama di dalam syarikat dengan lancar. Contohnya: CEO syarikat adalah untuk merancang dan mengenal pasti peluang di sekeliling yang dapat mengembangkan syarikat. Manakala, pengurus operasi memastikan segala keperluan pengeluaran & operasi dapat berjalan dengan lancar dan berada dalam tahap yang maksima.

Operasi merupakan nadi utama perniagaan. Tiada pengurusan operasi yang baik tiadalah hasil yang dapat dijana. Bila bercakap mengenai operasi, kita selalu gagal menyediakan manual operasi untuk perniagaan. Selalu alasan yang biasa kita dapati, tiada masa untuk menyediakan kerana tempahan pelanggan tak henti-henti. Contoh biasa yang selalu saya dengar, perniagaan kedai makan bila seorang chef berhenti terus kedai ditutup kerana tiada siapa yang boleh memasak. Atau bila seorang pelayan berhenti, terus tempahan di meja pelanggan jadi lambat. Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku?

Dalam hal kewangan, syarikat kecil atau besar perlu mewujudkan akaun simpan kira yang teratur. Banyak contoh yang anda boleh perolehi daripada internet, dan tak kurang kelas keusahawan yang menawarkan pembelajaran mengenai pengurusan kewangan syarikat. Kegagalan menyediakan rekod kewangan syarikat, penyata aliran tunai menyukarkan anda merancang, dan menguruskan kewangan syarikat dengan baik. Ini akan bertambah sukar untuk anda mendapatkan pinjaman kewangan di masa hadapan.

Pemasaran adalah satu komponen penting dalam perniagaan. Apa jua perniagaan yang anda lakukan, perlu ada strategi pemasaran yang bersesuaian dengan target pelanggan. Menjalankan pelbagai aktiviti pemasaran seperti mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di media sosial, surat khabar, papan kenyataan awam dan sebagainya. Anda juga boleh cuba cara yang lebih dekat dengan pelanggan, seperti memberikan sampel produk atau menawarkan perkidmatan dengan harga promosi.

Dengan fokus kapada empat perkara ini, anda lebih jelas dalam menjalankan perniagaan anda. Kita bincang nanti bagaimana anda boleh rancang untuk mengembangkan perniagaan anda dalam posting akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s